Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

PAKEJ MEMANCING DILAUT CINA SELATAN

Wednesday, November 18, 2009

ANUGERAH PERDANA 2009 SK KAMPUNG KOLAM, ROMPIN PAHANG.

MAJLIS ANUGERAH PERDANA 2009 SK KAMPUNG KOLAM SELAMAT DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA DAN MERIAH


PERSEMBAHAN PELAJAR SEKOLAH


PENYAMPAIAN HADIAH DARI PENGERUSI PIBG


PERSEMBAHAN DARI PELAJAR PRA SEKOLAH



PENYAMPAIAN HADIAH DARI GURU BESAR KEPADA PELAJAR CEMERLANG



PENYAMPAIN HADIAH DARI YH DATO' PEGAWAI DAERAH



Sunday, November 15, 2009

TIP UNTUK KESIHATAN GIGI


Gigi kuning, warna gigi yang begitu dihindari semua orang. Mengapa? Kerana gigi dengan warna kuning dianggap sebagai gigi yang tidak bersih, penuh dengan kotoran dan plak. Sementara gigi dengan warna putih cemerlang menjadi idaman setiap orang.



Jadi tidak hairan jika semua orang berlumba-lumba berkunjung ke klinik gigi untuk memutihkan gigi. Padahal jika diteliti sebenarnya warna gigi diciptakan tidak dengan warna yang betul-betul putih, tetapi dengan warna yang agak sedikit kuning. Lalu, mengapa gigi berwarna kuning?

Berikut beberapa faktor yang mempengaruhi warna kuning gigi anda :

1. Semulajadi

Sesetengah orang memang secara semulajadi dikurniakan dengan gigi berwarna kuning. Hal ini bukanlah merupakan satu bentuk kelainan atau kecacatan karena tidak semua daripada kita cukup beruntung untuk memiliki gigi putih secara semulajadi.

Sebenarnya sebahagian besar daripada permukaan luar gigi (enamel) manusia berwarna putih. Namun, lapisan di bawahnya yang disebut dentin secara semulajadi berwarna kuning. Dalam beberapa keadaan, lapisan enamel yang tidak mengalami mineralisasi secara baik menyebabkannya menjadi kurang jelas. Hal ini membuat warna dentin yang kuning lebih jelas sehingga nampaklah gigi tersebut berwarna kuning, dan anda tidak dapat mengubah warna gigi ini, kecuali jika anda menggunakan kaedah pemutihan gigi.

2. Penuaan

Anda harus menerima kenyataan bahwa kuningnya gigi anda adalah sebahagian daripada fenomena penuaan.

Namun sebaiknya anda hati-hati dalam menjaga kebersihan. Selama jangka waktu tertentu agen stain (bahan yang melekat pada permukaan gigi) dapat menimbulkan warna kuning pada gigi anda. Semakin banyak agen stain yang melekat pada permukaan enamel gigi anda, maka akan menutupi warna putih enamel gigi dan akhirnya warna kuning gigi akan terlihat.

3. Kebersihan Gigi dan Mulut

Kebersihan gigi dan mulut yang teruk adalah penyebab utama gigi yang berwarna kuning. Anda dapat mengatakan 'gigi kuning dapat menyebabkan pelbagai macam masalah; tetapi kebersihan gigi dan mulut yang teruk selalu menyebabkan gigi berwarna kuning.

4. Kebiasaan Makan

Makanan dan minuman yang kita makan dapat menyebabkan terjadinya perubahan warna pada gigi. Makanan seperti teh, kopi, dan soda mempunyai kesan 'mewarnai' gigi. Merokok dan mengunyah tembakau juga menyebabkan warna pada gigi oleh karena adanya deposit atau pengumpulan nikotin pada gigi.

Gigi Sihat Lebih Penting

Beruntunglah anda yang mempunyai gigi dengan warna yang lebih putih. Dan anda yang mempunyai gigi yang berwarna kuning, jangan gusar karena gigi anad sebenarnya tidak lebih buruk dari yang mempunyai gigi putih. Yang paling penting ialah anda dapat menjaga kesihatan gigi dan mulut anda. Apa gunanya gigi dengan warna putih jika gigi tidak dalam keadaan sihat.




Thursday, November 12, 2009

GARIS PANDUAN SEKOLAH HADAPI BANJIR


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua sekolah sudah dimaklumkan mengenai persediaan menghadapi banjir mengikut garis panduan Operasi Payung semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata langkah-langkah persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir telah dibuat oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan peperiksaan dapat berjalan dengan lancar mengikut jadual.

"Pihak Lembaga Peperiksaan telah memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri tentang kemungkinan berlakunya ancaman banjir semasa peperiksaan bagi bantuan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata sekolah-sekolah yang berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat termasuk mengenalpasti calon yang mungkin diancam banjir bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas dapat disalur atau disediakan dengan segera.

Beliau turut mengingatkan semua calon SPM supaya sentiasa merujuk Jadual Waktu Peperiksaan bagi mengetahui butiran mengenai masa, peringatan kepada calon, arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa menduduki peperiksaan.

"Mereka juga dikehendaki membawa kad pengenalan dan Borang Perakuan Calon Peperiksaan SPM 2009 masing-masing pada setiap masa mereka berada di bilik atau dewan peperiksaan bagi menjamin pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar," katanya.

Lembaga Peperiksaan juga mengingatkan semua calon yang akan menduduki peperiksaan supaya bersedia dan membuat persiapan awal untuk menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala untuk sampai ke pusat peperiksaan mengikut jadual.

Alimuddin berkata calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan.

Beliau berkata Lembaga Peperiksaan juga telah mengeluarkan pekeliling berkaitan Garis Panduan Menghadapi Wabak Penyakit yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan kepada semua sekolah.

"Garis panduan ini menghendaki pelajar dan keluarga mengikut perkembangan wabak penyakit dan peka kepada maklumat terkini terutama dari Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

Beliau juga meminta ibu bapa atau penjaga menasihatkan anak-anak agar mengikut panduan penjagaan kesihatan dan mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelakkan virus H1N1 termasuk memaklumkan kepada pihak terbabit jika ada tanda-tanda dijangkiti.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan SPM yang beroperasi di Lembaga Peperiksaan yang dibuka mulai Selasa hingga 16 Dis iaitu dari 7 pagi hingga 7 malam di talian 03-88893601, 03-88893809, 03-88893582, 03-88893520, 03-88893551 dan 03-88843030 atau melalui faksimili 03-88893010, 03-88895561 dan 03-88893445.

Seramai 465,853 calon menduduki peperiksaan SPM tahun ini di 3,569 pusat peperiksaan dengan 23,864 petugas disediakan untuk mengendalikan peperiksaan itu sehingga 16 Dis ini.

Jumlah calon kementerian adalah seramai 406,420, calon persendirian pula 32,561, calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera 7,071, Sekolah Agama Negeri 8,765 manakala Sekolah Agama Rakyat dan sekolah swasta 11,036 orang.

-- BERNAMA

Wednesday, November 11, 2009

MAJLIS ANUGERAH PERDANA SK KAMPUNG KOLAM 2009


MAJLIS ANUGERAH PERDANA 2009
SK KAMPUNG KOLAM, ROMPIN, PAHANG.
PADA 19 NOVEMBER 2009
DIRASMIKAN OLEH
PUAN HAJAH SITI FATIMAH BINTI AWANG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH ROMPIN, PAHANG

semua ibu bapa dan penjaga pelajar SK Kampung Kolam, Rompin, Pahang
dijemput hadir, semuga kehadiran tuan/puan ke majlis ini akan memberi suntikan motivasi, pengukuhan jati diri, penerapan nilai murni dan penghayatan budaya melayu kepada anak didik.
terima kasih

Sunday, November 8, 2009

DITERANGGANU SEKOLAH CEMERLANG UPSR DAPAT KELUAR NEGARA

( GURU BESAR SK KG. KOLAM )




KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan membawa sekolah yang memperolehi keputusan cemerlang iaitu Lompatan Saujana pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas ke Australia awal tahun depan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata sekolah berkenaan telah ditentukan oleh pejabat Pelajaran Negeri bagi program lawatan sambil belajar itu.

"Kita akan bawa pelajar melawat sambil belajar ke Australia awal tahun depan dan pemilihan ini telah dibuat oleh Pengarah Pelajaran Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ekspo Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Negeri Terengganu di sini Ahad.

Ahmad berkata kerajaan juga akan menghantar sekolah yang memperolehi pencapaian cemerlang dalam pendidikan untuk mengikuti lawatan ke universiti terkenal di United Kingdom tahun depan.

Katanya, sekolah yang terpilih akan ditentukan oleh kerajaan negeri melalui pejabat Pelajaran bagi mendedahkan pelajar Terengganu dengan pusat pengajian tinggi yang terkenal di sana.

-- BERNAMA


KOMEN


Cadangan dari kerajaan Terengganu adalah satu usaha memertabatkan tenaga guru-guru yang berusaha untuk kejayaan anak didik mereka. perkara ini harus menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Sebagai contoh Guru Besar SK Kampung Kolam semenjak kehadirannya di SK Kg. Kolam perubahan demi perubahan telah dilakukan untuk kecermerlangan pelajar. Dengan sokongan guru-guru lain yang berada di SK Kg. Kolam. Hasrat guru besar untuk mencemerlangkan sekolah, pelajar dan guru akan mendapat kejayaan. Insyaallah........ amin.




Friday, November 6, 2009

MESYUARAT KHAS PIBG SK KAMPUNG KOLAM SEMPENA HARI ANUGERAH PERDANA 2009




6hb. 11 .2009 PIBG SK Kampung Kolam telah mengadakan mesyuarat Khas bagi membantu Pentadbiran dan guru-guru Sk Kampung Kolam untuk menjayakan Hari Anugerah Perdana 2009 Bagi Pelajar yang cemerlang dalam segala segi. Mesyuarat hari ini juga terpaksa diadakan di kantin sekolah kerana baik pulih wayar letrik disemua bangunan sekolah termasuk bilik mesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut Jawatankuasa PIBG dan Pentadbiran sekolah yang diwakili Guru Besar telah bersetuju mengadakan Hari Anugerah Perdana 2009 bagi SK Kampung Kolam pada 19hb. 11. 2009.

Semuga usaha-usaha ini akan mendapat kejayaan.

Tuesday, October 13, 2009

PENGETUA DISAMAN GURU


Seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetuanya dan menuntut ganti rugi RM228,000, akibat tidak puas hati dengan laporan Prestasi tahunannya (SKT).

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Kuantan, memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu. Rozilah menamakan pengetua sekolahnya Aluwiyah Osman sebagai defendan.


Tarikh 5hb November, adalah tarikh sebutan kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Rozilah Abdullah yang telah berkhidmat di sekolah tersebut sejak 11 tahun lalu, mendakwa pengetuanya tidak berlaku adil dan menindasnya melalui laporan SKT yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan SKT yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan. Rozilah juga mendakwa bahawa pengetua itu turut memalukannya di hadapan guru lain yang menuduhnya enggan mematuhi perintah.

Menurutnya lagi, dia juga tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya.


Disebabkan laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah, berasa malu dan kewibawaan serta reputasinya sebagai pendidik dipandang rendaholeh masyarakat.

Dengan sebab itu, Rozilah Abdullah tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan dan mengembalikan reputasinya terjejas teruk.

KOMEN

Sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana peranan didalam sekolah bagitu banyak ruang yang boleh diselesaikan, sebagai contoh PIBG boleh memainkan peranan kerana, Guru tersebut dan Pengetua Sekolah adalah ahli PIBG. Peranan PIBG disamping tugas-tugas yang telah ditetapkan didalam perlembagaan PIBG. Jawatankuasa PIBG juga boleh menjadi orang ketiga bagi menyelesaikan masalah agar tidak mencemarkan nama baik sekolah.