Translate
PAKEJ MEMANCING DILAUT CINA SELATAN
Thursday, February 25, 2010
MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SK KAMPUNG KOLAM KALI PERTAMA 2010
MESYUARAT JAWATAN KUASA PIBG SK KAMPUNG KOLAM KALI 1/2010 TELAH DIADAKAN DENGAN JAYANYA. MESYUARAT INI MEMBINCANGKAN DAN MENETAPKAN TARIKH MESYUARAT AGONG BAGI TAHUN 2010 DAN KEMAJUAN SEKOLAH YANG ADA HUBUNG KAIT DENGAN PIBG
MESYUARAT DIADAKAN PADA 25 FEBRUARI 2010 JAM 3.00PETANG.
KEM BESTARI SOLAT 1
PROGRAM GERAK KEMPEN GEJALA DISIPLIN MURID ANJURAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN MAJLIS ASPIRASI PEMANGKIN NASIONAL ( MAPAN )
Taniah kepada pentadbiran dan guru-guru SK Kampung Kolam kerana telah menjayakan program ini. Program ini juga ditujukan khas kepada pelajar-pelajar SMK , SK di sekitar Bandar Rompin. Kehadiran pelajar ke SK Kampung Kolam terdiri dari pelajar berbagai kaum yang terdapat di Rompin seperti Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Pelajar yang hadir dari Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 ( SMK ). dan pelajar SK terdiri dari darjah 4,5 dan 6.
Kami Jawatankuasa PIBG SK Kampung Kolam ingin mengucapkan taniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini
Saturday, February 6, 2010
Thursday, January 28, 2010
PROGRAM GERAK KEMPEN MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID
Friday, January 22, 2010
SULTAN JOHOR MANGKAT
Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.
Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.
Istiadat Pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkannya.
Friday, January 15, 2010
PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS 2010
PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS 2010
PIBG SK Kampung Kolam mengucapkan taniah dan terima kasih.
Monday, January 11, 2010
AWASI SEKOLAH - SMK CONVENT TAIPING DISERANG SEMALAM
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom supaya mengambil tindakan segera agar perbuatan terkutuk seperti kejadian membaling molotov koktail di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Taiping semalam tidak berulang.
Timbalan Perdana Menteri berkata Ketua Pengarah Pelajaran juga diarahkan untuk berbincang dengan pihak polis mengenai cara-cara untuk menghadapinya bagi memastikan keselamatan murid-murid, guru-guru dan sekolah terjamin.
Bercakap kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan rasminya ke United Kingdom, beliau berkata pihak berkuasa tidak boleh bertolak ansur dan mengambil tindakan segera menghalang kejadian perkara sebegini yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan keharmonian kaum.
Menurutnya perbuatan sebegitu bukan satu adat, cara atau amalan di Malaysia.
"Seperti yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri, kita mahu diambil segera langkah yang tegas terhadap pihak yang terlibat," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan serius demi menjaga perpaduan di Malaysia.
"Kita minta semua pihak yang ada kepentingan, seperti para pemimpin keagamaan seperti agama Islam dan Kristian dan para pemimpin masyarakat agar dapat bekerjasama dan membantu usaha kerajaan ini," katanya.
Katanya beliau mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan ke atas gereja dan sekolah baru-baru ini kerana perbuatan itu tidak langsung melambangkan sifat-sifat rakyat Malaysia.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berharap beberapa kejadian kebelakangan ini tidak akan menjejaskan kedatangan pelabur dan pelancong ke negara ini, terutama apabila petunjuk ekonomi menunjukkan pertumbuhan ekonomi dijangka mencatatkan 4.0 hingga 5.0 peratus pada tahun ini, daripada negatif pada tahun lepas.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan, Muhyiddin berkata Malaysia dijangka mencatatkan kedatangan 24 juta pelancong ke negara ini berbanding dengan lebih 23 juta kedatangan pelancong pada tahun lepas.
Selain itu, beliau berkata Malaysia juga kini menjadi salah satu daripada lima pilihan pelancong dari seluruh dunia manakala sebuah majalah, "Little Planet" yang sering dirujuk oleh para pelancong pula telah menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-10 sebagai negara yang menjadi pilihan.
Yang turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Datuk Abd Aziz Mohamed.BERNAMA
Saturday, January 9, 2010
GURU CEMERLANG MURID GEMILANG SEKOLAH TERBILANG
Tuesday, January 5, 2010
PERHIMPUNAN PERTAMA TAHUN 2010
ORIENTASI DAN TAKLIMAT PRASEKOLAH DAN DARJAH SATU
sedang mendengar taklimat
Ibu Bapa prihatin anak-anak cemerlang
Ibu Bapa sedang melihat keletah anak-anak ditahun satu
Salah seorang guru Prasekolah
Ibu atau penjaga sedang menyemak nama anak untuk memasuki prasekolah