Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

PAKEJ MEMANCING DILAUT CINA SELATAN

Thursday, January 28, 2010

PROGRAM GERAK KEMPEN MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID


PROGRAM GERAK KEMPEN MENANGAI GEJALA DISIPLIN MURID
ANJURAN BERSAMA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DAN
MAJLIS ASPIRASI PEMANGKIN NASIONAL ( MAPAN )
PADA : 10hb. Februari 2010
Tempat : Dewan As-Shafie SK Kampung Kolam, Rompin, Pahang.

Friday, January 22, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT



Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.

Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.

Istiadat Pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkannya.

Friday, January 15, 2010

PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS 2010

Program Motivasi Pengawas 2010 telah disempurnakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan Penceramah Motivasi Sekolah cikgu Abdul Hadi bin Nong dan dibantu oleh beberapa orang guru lagi telah mendedahkan kepada semua Pengawas tentang kesopanan, pekerti yang perlu ada pada pengawas, untuk diteladani oleh pelajar lain. Disamping itu Pelajar yang menjadi Pengawas diterapkan juga ilmu tentang menjadi seorang ketua atau pemimpin. Jawatankuasa PIBG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat terutama Unit Bimbingan Kaunseling dan Pengawas SK Kampung Kolam.


Cikgu Abdul Hadi sedang memberi Bimbingan Motivasi





PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS 2010

TUAN HAJI KAMARUDIN BIN HJ. ZAINUDDIN
( GURU BESAR SK KAMPUNG KOLAM, ROMPIN, PAHANG.)


Program Motivasi Pengawas 2010, SK Kampung Kolam, Rompin, Pahang akan diadakan pada 15hb. januari 2010 dari jam 8.00pagi hingga 10.00pagi. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan Badan Pengawas SK Kampung Kolam di Dewan Al- Syaffe SK Kampung Kolam.

PIBG SK Kampung Kolam mengucapkan taniah dan terima kasih.

Monday, January 11, 2010

AWASI SEKOLAH - SMK CONVENT TAIPING DISERANG SEMALAM




Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom supaya mengambil tindakan segera agar perbuatan terkutuk seperti kejadian membaling molotov koktail di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Taiping semalam tidak berulang.

Timbalan Perdana Menteri berkata Ketua Pengarah Pelajaran juga diarahkan untuk berbincang dengan pihak polis mengenai cara-cara untuk menghadapinya bagi memastikan keselamatan murid-murid, guru-guru dan sekolah terjamin.

Bercakap kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan rasminya ke United Kingdom, beliau berkata pihak berkuasa tidak boleh bertolak ansur dan mengambil tindakan segera menghalang kejadian perkara sebegini yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan keharmonian kaum.

Menurutnya perbuatan sebegitu bukan satu adat, cara atau amalan di Malaysia.

"Seperti yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri, kita mahu diambil segera langkah yang tegas terhadap pihak yang terlibat," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan serius demi menjaga perpaduan di Malaysia.

"Kita minta semua pihak yang ada kepentingan, seperti para pemimpin keagamaan seperti agama Islam dan Kristian dan para pemimpin masyarakat agar dapat bekerjasama dan membantu usaha kerajaan ini," katanya.

Katanya beliau mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan ke atas gereja dan sekolah baru-baru ini kerana perbuatan itu tidak langsung melambangkan sifat-sifat rakyat Malaysia.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berharap beberapa kejadian kebelakangan ini tidak akan menjejaskan kedatangan pelabur dan pelancong ke negara ini, terutama apabila petunjuk ekonomi menunjukkan pertumbuhan ekonomi dijangka mencatatkan 4.0 hingga 5.0 peratus pada tahun ini, daripada negatif pada tahun lepas.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan, Muhyiddin berkata Malaysia dijangka mencatatkan kedatangan 24 juta pelancong ke negara ini berbanding dengan lebih 23 juta kedatangan pelancong pada tahun lepas.

Selain itu, beliau berkata Malaysia juga kini menjadi salah satu daripada lima pilihan pelancong dari seluruh dunia manakala sebuah majalah, "Little Planet" yang sering dirujuk oleh para pelancong pula telah menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-10 sebagai negara yang menjadi pilihan.

Yang turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Datuk Abd Aziz Mohamed.BERNAMA

Saturday, January 9, 2010

GURU CEMERLANG MURID GEMILANG SEKOLAH TERBILANG

TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU SK KAMPUNG KOLAM YANG MEMERAH TENAGA BAGI KEMUDAHAN IBU/BAPA DAN PENJAGA DI HARI MEMBELI DAN MENGAMBIL BUKU. GAMBAR YANG DISIARKAN MENUNJUKKAN SETIAP GURU DI SK KG KOLAM MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN DI HARI TERSEBUT









Tuesday, January 5, 2010

PERHIMPUNAN PERTAMA TAHUN 2010

Rompin ketika ini musim hujan. Hari pertama persekolahan, SK Kampung Kolam terus juga mengadakan perhimpunan pagi didalam Dewan Baru yang telah diubah suai dari lima bilik darjah dan dijadikan dewan. Ibu bapa ingin mengucapkan terima kasih kepada JPN, PPD dan Guru Besar dengan hasil usaha dan sokongan mereka terbinalah dewan yang indah.







ORIENTASI DAN TAKLIMAT PRASEKOLAH DAN DARJAH SATU

Program orientasi dan taklimat telah diadakan pada hari Sabtu 2 Januari 2010, mulai jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Semua guru telah hadir bagi menjayakan orientasi tersebut. PIBG SK Kampung Kolam mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan guru Besar kerana berjaya mengadakan program dengan teratur dan cemerlang



Guru Besar sedang memberi taklimat


Penyampaian tanda nama sementara, kepada pelajar tahun satu. Ini adalah satu program yang harus disokong kerana boleh menyemai semangat berani kehadapan.

Para Ibu/Bapa atau penjaga Pelajar Prasekolah dan tahun satu
sedang mendengar taklimat


Ibu Bapa prihatin anak-anak cemerlang


Ibu Bapa sedang melihat keletah anak-anak ditahun satu


Salah seorang guru Prasekolah


Ibu atau penjaga sedang menyemak nama anak untuk memasuki prasekolah


Ibu sedang menandatangai borang pinjaman buku teks


pandangan dari dalam bilik darjah prasekolah


Pelajar prasekolah sedang berlatih untuk berbaris sebelum masuk kelas

ibu sama-sama berada didalam kelas prasekolah bagi memastikan
anak mereka tidak keluar kelas