Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

PAKEJ MEMANCING DILAUT CINA SELATAN

Tuesday, October 13, 2009

PENGETUA DISAMAN GURU


Seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetuanya dan menuntut ganti rugi RM228,000, akibat tidak puas hati dengan laporan Prestasi tahunannya (SKT).

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Kuantan, memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu. Rozilah menamakan pengetua sekolahnya Aluwiyah Osman sebagai defendan.


Tarikh 5hb November, adalah tarikh sebutan kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Rozilah Abdullah yang telah berkhidmat di sekolah tersebut sejak 11 tahun lalu, mendakwa pengetuanya tidak berlaku adil dan menindasnya melalui laporan SKT yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan SKT yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan. Rozilah juga mendakwa bahawa pengetua itu turut memalukannya di hadapan guru lain yang menuduhnya enggan mematuhi perintah.

Menurutnya lagi, dia juga tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya.


Disebabkan laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah, berasa malu dan kewibawaan serta reputasinya sebagai pendidik dipandang rendaholeh masyarakat.

Dengan sebab itu, Rozilah Abdullah tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan dan mengembalikan reputasinya terjejas teruk.

KOMEN

Sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana peranan didalam sekolah bagitu banyak ruang yang boleh diselesaikan, sebagai contoh PIBG boleh memainkan peranan kerana, Guru tersebut dan Pengetua Sekolah adalah ahli PIBG. Peranan PIBG disamping tugas-tugas yang telah ditetapkan didalam perlembagaan PIBG. Jawatankuasa PIBG juga boleh menjadi orang ketiga bagi menyelesaikan masalah agar tidak mencemarkan nama baik sekolah.

Saturday, October 3, 2009

KINI TINGGAL SEJARAH DAN HARUS DIKENANG

PEJABAT KASTAM YANG BEROPERASI KETIKA ROMPIN MENJADI PELABUHAN BIJIH TIMAH SEKITAR TAHUN 60AN HINGGA 70AN


PONDOK POLIS YANG BEROPERASI SEKITAR 50AN HINGGA 60AN


PEMIMPIN SETEMPAT YANG BERGAMBAR BERLATAR BELAKANG SK ROMPIN SEKITAR TAHUN 60AN



JETI ROMPIN CO. YANG MELOMBONG BIJIH TIMAH DI BUKIT IBAM, JATI INI BERTEMPAT DI KG. PANTAI BERNAS, LANJUT. ROMPIN



BUKIT IBAM DI ZAMAN KEGEMILANGAN SEKITAR TAHUN 60AN


TAPAK KEDAI BANDAR LAMA ROMPIN ( KETIKA INI SUDAH MENJADI HUTAN ). SEKARANG DIKENALI SEBAGAI KAMPUNG SUNGAI PUTERI ( BANDAR ROMPIN INI WUJUD SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA )


TAPAK KEDAI BANDAR LAMA ROMPIN ( KETIKA INI SUDAH MENJADI HUTAN ). SEKARANG DIKENALI SEBAGAI KAMPUNG SUNGAI PUTERI ( BANDAR ROMPIN INI WUJUD SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA )


MAJLIS PELANCARAN ROMPIN SEBAGAI DAERAH BARU ( DAERAH KECIL ) SEKITAR TAHUN 60AN

JALAN PERHUBUNGAN ANTARA ROMPIN DENGAN NENASI MELALUI JALAN DARAT. MASYARAKAT ROMPIN MEMANGGILNYA DENGAN NAMA JALAN JEPUN. ( JALAN INI BEROPERASI SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA )

PROGRAM ANJURAN BERSAMA PIBG, PENTADBIR SEKOLAH DAN PEJABAT KESIHATAN ( PROGRAM KEBERSIHAN DIRI )




Friday, October 2, 2009

SK KAMPUNG KOLAM MENGADAKAN JAMUAN HARI RAYA BERKONSEPKAN 1MALAYSIA



Masyarakat di Negara ini perlu memahami budaya pelbagai kaum supaya sensitivity dapat disemai bagi mengelakkan sebarang ketegangan kaum. Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Tioman Kapten (B) Mohd. Johari bin Hussain berkata, perkara ini perlu di lakukan masyarakat 1malaysia supaya semangat perpaduan kaum dapat dicapai, sekali gus memperkukuhkan setia kawan antara satu sama lain.

Menurutnya, sebahagian kecil masyarakat di negra ini kurang mengenali budaya sesuatu kaum menyebabkan tiada kemesraanmeskipun sikap toleransi sudah disemai sejak berkurun lama. “ Sebahagian masalah hari ini kerana masyarakat tidak ambil peduli budaya sesuatu kaum dan akhirnya mengakibatkan kurang perasaan ingin berhubung antara satu sama lain. Apablia ini terjadi , tiada komunikasi antara kaum ditambah pula dengan sikap jahil, akan wujud prasangka yang tidak masuk akal” katanya ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya berkonsepkan 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam , Rompin, Pahang.

ADUN Tioman itu juga berharap jika budaya kaum diambil perhatian dan dihormati, tiada sebab rakyat negera ini tidak boleh raikan bersama pesta dan keramaian anjuran mereka. Sebagai contoh katanya budaya meraikan perayaan sambutan setiap kaum di Negara ini perlu dijadikan amalan bagi mengiratkan ukuwah yang terbina atas semangat kenegaraan dan rasa cinta kepada Negara yang mendalam.

Mengulas mengenai program itu, Mohd. Johari berkata, Konsep 1Malaysia akan menjadi kenyataan kiranya ia diperluaskan dari peringkat sekolah. “ Sekolah adalah institusi awal yang perlu diberi perhatian serius memandangkan ia sebagai titik permulaan dalam menjayakan konsep itu.sekali gus dapat suburkan benih-benih perpaduan antara kaum di-negara ini” , katanya.

Beliau turut memuji Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG ) Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam kerana Berjaya menganjurkan acara Jamuan Hari Raya berkonsepkan 1Malaysia termasuk acara menghidangkan makanan dan pertandingan pakaian beragam berkonsepkan berbilang kaum atau 1Malaysia.

“ Taniah dan syabas kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan program kerana melalui program seperti ini konsep ini dapat direalisasikan” katanya.