Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

PAKEJ MEMANCING DILAUT CINA SELATAN

Tuesday, October 13, 2009

PENGETUA DISAMAN GURU


Seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetuanya dan menuntut ganti rugi RM228,000, akibat tidak puas hati dengan laporan Prestasi tahunannya (SKT).

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Kuantan, memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu. Rozilah menamakan pengetua sekolahnya Aluwiyah Osman sebagai defendan.


Tarikh 5hb November, adalah tarikh sebutan kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Rozilah Abdullah yang telah berkhidmat di sekolah tersebut sejak 11 tahun lalu, mendakwa pengetuanya tidak berlaku adil dan menindasnya melalui laporan SKT yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan SKT yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan. Rozilah juga mendakwa bahawa pengetua itu turut memalukannya di hadapan guru lain yang menuduhnya enggan mematuhi perintah.

Menurutnya lagi, dia juga tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya.


Disebabkan laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah, berasa malu dan kewibawaan serta reputasinya sebagai pendidik dipandang rendaholeh masyarakat.

Dengan sebab itu, Rozilah Abdullah tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan dan mengembalikan reputasinya terjejas teruk.

KOMEN

Sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana peranan didalam sekolah bagitu banyak ruang yang boleh diselesaikan, sebagai contoh PIBG boleh memainkan peranan kerana, Guru tersebut dan Pengetua Sekolah adalah ahli PIBG. Peranan PIBG disamping tugas-tugas yang telah ditetapkan didalam perlembagaan PIBG. Jawatankuasa PIBG juga boleh menjadi orang ketiga bagi menyelesaikan masalah agar tidak mencemarkan nama baik sekolah.

No comments:

Post a Comment