Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

PAKEJ MEMANCING DILAUT CINA SELATAN

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN DARI PIBG SK KAMPUNG KOLAM


MAAF ZAHIR BATIN
DARI SEMUA JAWATANKUASA PIBG
KEPADA
SEMUA GURU SK KAMPUNG KOLAM
PENTADBIRAN SK KAMPUNG KOLAM
IBU BAPA PELAJAR SK KAMPUNG KOLAM
DAN
SEMUA PELAJAR SK KAMPUNG KOLAM
SEMUGA SK KAMPUNG KOLAM BERTAMBAH CEMERLANG

Wednesday, November 18, 2009

PELAJAR CEMERLANG SK KAMPUNG KOLAM SEMPENA ANUGERAH PERDANA 2009 SK KAMPUNG KOLAM

GURU BESAR, WAKIL PEGAWAI PELAJARAN EN. ALIAS DAN PELAJAR CEMERLANG SK KAMPUNG KOLAM



PELAJAR TERBAIK KOAKADEMIK

Adik Nur Farah binti Zainudin, anak ketiga dari keluarga En. Zainudin dan Puan Rozy. Pelajar yang pendiam didalam kelas tetapi mempunyai cita-cita tinggi.

Pada tahun 2008, beliau telah melonjakkan nama sk kampong kolam kerana menjuarai pertandingan bercerita kisah dari Al Qurqn peringkat kelompok panati utara, Daerah Rompin. Dan terus menjadi juara Peringkat Negeri Pahang. Beliau terus berjuang di Peringkat Kebangsaan dengan usaha murninya membuahkan hasil dengan mendapat tempat ke dua.

Pada tahun 2009 adik Nur Farah meneruskan usahanya dalam pertandingan bercerita apabila menjadi Johan Peringkat Negeri Pahang dan tempat ke 4 peringkat Kebangsaan. Pelajar yang bercita-cita ingin menjadi Jurutera apabila besar nanti ini juga telah dijemput oleh Stesen Televisyen Astro Oasis untuk menjayakan pertandingan Marhaban di Astro peringkat Pantai Timur. Sekali lagi dia melakar kejayaan dengan mendapat tampat ke 2.


PELAJAR TERBAIK SUKAN DAN PERMAINAN

Muhammad Hafiz Fikri bin Abdul Latif merupakan anak bungsu kepada Abdul Latif dan Puan Ruhani. Pada tahun 2008 pencapaian yang diperolehi ialah

Mendapat Pingat Emas dalam kejohanan Merentas Desa SK Kampung Kolam.

Tempat ke 3 dalam Karnival Big Walk Peringkat Daerah Rompin.

Johan Acara Sukan Mini Pembangunan Bawah 10 tahun.

Johan dalam Acara Merentas Desa bawah 12 tahun SK Kampung Kolam.

Dan mewakili Daerah Rompin dalam kejohanan Merentas Desa bawah 12 tahun MSS Pahang

dan MSS Malaysia.


PELAJARA TERBAIK KOKURIKULUM

Muhammad Muhaimin bin Mohd. Taupek anak sulung kepada En. Mohd. Taupek dan Nur Aminah. Belaiau seorang pelajar yang ceria dan aktif dalam kokurukulum

Pencapaiannya seperti

Mewakili Sekolah dan Daerah dalam Pertandingan Bola Sepak.

Beliau juga bukan sekadar aktif dalam bola sepaka, Beliau juga berbakat bermain kriket dan mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan kriket MSS Rompin.

Tempat ke 3 dalam pertandingan Bola Baling peringkat Rompin Pantai.

Mendapat tempat pertama dalam pertandingan kriket MSS Rompin.

Naib Johan dalam kejohanan sofbol MSS Pahang

Naib Johan dalam pertandingan sofbol bawah 12 tahun mss Malaysia.



PELAJAR TERBAIK KURIKULUM

Nur Lisa Munira binti Zainudin, seorang pelajar yang sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik. Bercita-cita sebagai seorang peguam. Pencapaiannya boleh dibanggakan

Mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan PRA UPSR pertama, kedua, ketiga, keempat dan percubaan UPSR, Belaiau juga mendapat cemerlang dalam UPKK Kelas Al-quran dan Fardu ain anjuran JAKIM.

Tokoh Doktor Muda Daerah Rompin, Tokoh Nilam Daerah Rompin dan berminat dalam melayari internet dan berazam menjadikan dunia berada dihujung jari.

Selain cemerlang dalam akademik. Beliau juga menjadi johan pertandingan pidato Peringkat Daerah Rompin dan sedang menanti untuk bertanding ke peringkat Negeri Pahang.

Tentu kecemerlangan ini terbukti apabila beliau mendapat 5A dalam UPSR tahun 2009 yang baru diumumkan.