Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

PAKEJ MEMANCING DILAUT CINA SELATAN

Friday, October 2, 2009

SK KAMPUNG KOLAM MENGADAKAN JAMUAN HARI RAYA BERKONSEPKAN 1MALAYSIA



Masyarakat di Negara ini perlu memahami budaya pelbagai kaum supaya sensitivity dapat disemai bagi mengelakkan sebarang ketegangan kaum. Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Tioman Kapten (B) Mohd. Johari bin Hussain berkata, perkara ini perlu di lakukan masyarakat 1malaysia supaya semangat perpaduan kaum dapat dicapai, sekali gus memperkukuhkan setia kawan antara satu sama lain.

Menurutnya, sebahagian kecil masyarakat di negra ini kurang mengenali budaya sesuatu kaum menyebabkan tiada kemesraanmeskipun sikap toleransi sudah disemai sejak berkurun lama. “ Sebahagian masalah hari ini kerana masyarakat tidak ambil peduli budaya sesuatu kaum dan akhirnya mengakibatkan kurang perasaan ingin berhubung antara satu sama lain. Apablia ini terjadi , tiada komunikasi antara kaum ditambah pula dengan sikap jahil, akan wujud prasangka yang tidak masuk akal” katanya ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya berkonsepkan 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam , Rompin, Pahang.

ADUN Tioman itu juga berharap jika budaya kaum diambil perhatian dan dihormati, tiada sebab rakyat negera ini tidak boleh raikan bersama pesta dan keramaian anjuran mereka. Sebagai contoh katanya budaya meraikan perayaan sambutan setiap kaum di Negara ini perlu dijadikan amalan bagi mengiratkan ukuwah yang terbina atas semangat kenegaraan dan rasa cinta kepada Negara yang mendalam.

Mengulas mengenai program itu, Mohd. Johari berkata, Konsep 1Malaysia akan menjadi kenyataan kiranya ia diperluaskan dari peringkat sekolah. “ Sekolah adalah institusi awal yang perlu diberi perhatian serius memandangkan ia sebagai titik permulaan dalam menjayakan konsep itu.sekali gus dapat suburkan benih-benih perpaduan antara kaum di-negara ini” , katanya.

Beliau turut memuji Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG ) Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam kerana Berjaya menganjurkan acara Jamuan Hari Raya berkonsepkan 1Malaysia termasuk acara menghidangkan makanan dan pertandingan pakaian beragam berkonsepkan berbilang kaum atau 1Malaysia.

“ Taniah dan syabas kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan program kerana melalui program seperti ini konsep ini dapat direalisasikan” katanya.





No comments:

Post a Comment