Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

PAKEJ MEMANCING DILAUT CINA SELATAN

Monday, December 28, 2009

YURAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN PERLU MENGIKUT GARIS PANDUAN KEMENTERIAN

( Dato' Faisal bin Abdullah )



KUANTAN – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional berharap tidak ada pihak sekolah yang mengenakan bayaran tambahan yuran persekolahan kepada ibu bapa pada sesi persekolahan tahun depan.

Presidennya, Datuk Faisal Abdullah berkata, pengurusan sekolah perlu mengikut arahan yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia yang sudah menetapkan bayaran yuran mampu bayar dan tidak membebankan ibu bapa.

Menurutnya, sebelum ini tidak ada garis panduan yang dikenakan menyebabkan pihak sekolah mengadakan pelbagai bayaran yang membebankan ibu bapa.

“Sebelum ini bayaran tidak seimbang dan ada ibu bapa yang tidak puas hati dengan perkara itu. Bagaimanapun pada tahun depan, pembayaran perlu diselaraskan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pengumuman penyelarasan itu dapat mengurangkan keresahan ibu bapa yang merancang perbelanjaan keluarga untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Beliau berkata, selepas pertemuan bersama, Majlis itu menjangkakan tidak ada masalah mengenai pembayaran yuran pada sesi persekolahan tahun depan.

“Kita tahu perkara ini sudah lama disuarakan ibu bapa terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mulai tahun depan, pihak sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan yuran mengikut kadar sebelum ini,” katanya.

Jadi, beliau meminta kerjasama pihak sekolah untuk mematuhi arahan yang ditetapkan kementerian.

Sebelum ini beberapa desakan dibuat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas wujud kekeliruan dan tanda tanya berikutan kadar yuran sekolah berbeza walaupun dalam satu kementerian.

Petikan dari Sinar Harian

No comments:

Post a Comment